
Bersempena menyambut kehadiran kumpulan muzik terkenal K-Pop pada Julai yang akan datang, Samsung Malaysia Electronics (SME) ingin memberi 300 tiket VIP (bernilai RM1,596) kepada anda semua untuk menyaksikan persembahan secara langsung Wanna One di KL.

Apa yang perlu anda lakukan ialah ambil gambar swafoto atau video dengan membuat gaya trademark Wanna One “Save In My Heart” dengan kreativiti tersendiri. Seterusnya, muat naik dan kongsikan post berkenaan di Facebook atau Instagram dengan tanda pagar #Namaproduk (cth: Galaxy A6+, A6, J6, atau J4), #WithGalaxy, dan #GalaxyFanWeeks serta jangan lupa untuk tag @samsungmalaysia.
Peraduan ini hanya terbuka kepada pengguna peranti Samsung terpilih seperti pengguna Samsung Galaxy A6+, A6, J6 dan J4. Seramai 150 pemenang akan dipilih, dan ini bermakna setiap pemenang akan menerima sepasang tiket.
Bermula 25 Jun 2018, anda boleh dapatkan aksesori telefon pintar eksklusif Wanna One dengan pembelian peranti yang disebutkan di atas.
Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Jelajah konsert Wanna One, anda boleh layari Samsung Malaysia.

