Digi Bersama Gibraltar BSN Tawarkan Dengue Cover+ – Perlindungan Perubatan Lebih Mudah

Baru-baru ini Digi dengan kerjasama Gibraltar BSN telah melancarkan Dengue Cover+, sebuah pelan perlindungan digital sepenuhnya edaran Digi dan ditawarkan secara eksklusif kepada semua pelanggan pasca bayar dan prabayar Digi sedia ada di Malaysia, yang berumur 18 ~ 45 tahun menerusi pendaftaran mudah secara dalam talian.

Premium Tahunan

Pelanggan Digi di kawasan berisiko tinggi wabak denggi akan menerima notis pemberitahuan segera daripada pihak Digi, pada masa yang sama, mereka juga akan ditawarkan peluang untuk melindungi diri serta keluarga dengan Dengue Cover+.

Premium Bulanan

Pelan insurans digital ini boleh didapati bermula dengan harga serendah RM0.15 (pakej Silver) sehari yang menawarkan manfaat Tunai Hospital, manfaat Kematian serta manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD), termasuk manfaat tambahan sekiranya pelanggan mengalami serangan virus Denggi atau Zika. Premium akan dimasukkan terus ke akaun Digi mereka dan pemohon juga tidak perlu menjalani sebarang bentuk pemeriksaan kesihatan.

Pelan Insuran Silver Gold Platinum
Premium Bulanan RM5 RM10 RM20
Premium Tahunan
(PERCUMA perlindungan sebulan)
RM55 RM110 RM220
Manfaat Kematian RM10,000 RM 20,000 RM 40,000
TPD (*Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal) RM10,000 RM20,000 RM40,000
Manfaat Tambahan Kematian Akibat Kemalangan RM10,000 RM20,000 RM40,000
Manfaat Tambahan TPD Akibat Kemalangan RM10,000 RM20,000 RM40,000
Manfaat Tambahan Kematian untuk Kematian Akibat Denggi yang Teruk atau Jangkitan Virus Zika RM10,000 RM20,000 RM40,000
Manfaat Tunai Hospital akibat Demam Denggi atau Jangkitan Virus Zika RM30/hari RM60/hari RM120/hari
Kelayakan pemohon 18 – 45 tahun
Terma bayaran Dicaj pada baki prabayar atau akaun pasca bayar.

 

Maklumat lanjut boleh layari Digi Dengue Cover+.

 

You might also like