Permainan Lord Of The Rings Bakal Menemui Peminat Pada 2021?

 

Buat peminat novel dan movie Lord Of The Rings pastinya anda akan teruja apabila dikhabarkan bahawa satu permainan video berkisar movie tersebut sedang dibangunkan.

Hal ini telah disahkan oleh Daedalic Entertainment yang merupakan syarikat pembangunan permainan video dari Jerman bahawa mereka sedang menyiapkan projek tersebut yang dinamakan Lord of The Rings: Gollum.

Permainan ini merupakan action-adventure yang mana garis masanya adalah di antara The Hobbit dan The Lord of The Rings.

Bagi membangunkan permainan ini, Daedalic Entertainment telah melaksanakan kerjasama dengan Middle-earth Enterprises yang merupakan pemilik hak eksklusif The Lord of The Rings dan The Hobbit.

Permainan ini dikhabarkan bakal dilancarkan pada 2021 dan ditawarkan bagi komputer dan konsol-konsol yang lain.

You might also like