
Hari ini Apple mengeluarkan kemas kini terbaru iOS 11.2.5 menggantikan iOS 11.2.2 bagi pengguna iPhone di Malaysia. Kemas kini terbaru ini melihatkan sokongan HomePod dan kebolehan Siri untuk membaca berita bagi pengguna di AS, UK, dan Australia. Disamping itu, ia juga membaiki beberapa isu serta penambah baikan pada versi iOS 11.2.2.
Bagi yang belum tahu, HomePod merupakan speaker pintar seakan Alexa dan Google Assistant yang diumumkan pada tahun lalu. Selain itu, beberapa isu seperti notifikasi e-mel pada iPhone X, perbualan pada iMessages, respon pada Apple CarPlay, dan informasi tidak lengkap pada senarai telefon telah dibaiki.
Kemas kini ini memerlukan ruang storan melebihi 160MB. Jadi anda disarankan supaya melakukan proses muat turun dengan sambungan internet yang stabil atau terus lakukan di iTunes.