Video Harus Tonton, Ikan Paling Bijak!

1Berdekah-dekah kami tergelak melihatkan betapa kreatifnya manusia memanipulasi teknologi. Hanya dengan menggunakan perhiasan dan teknologi, seorang lelaki berjaya menjadi sensasi Internet apabila beliau menggabungkan perhiasan dinding ikan dan Amazon Echo di rumahnya.

Amazon Echo
Amazon Echo

Amazon Echo adalah peranti pembantu peribadi yang popular di US, ia berfungsi sama seperti Google Now dan juga Siri. Brian Kane menanggalkan perumah Amazon Echo dan memasang komponen dalam pembantu peribadi itu ke dalam perhiasan ikan dan hasilnya sungguh menggelikan hati.

Apabila beliau mengaktifkan Amazon Echo dengan memanggil “Alexa”, ikan tersebut bergerak dan memberikan respon kepada soalan dan arahan beliau. Inilah bukti bahawa dengan sedikit idea kreatif dan pengetahuan asas teknologi, anda boleh menghasilkan projek DIY yang menyeronokkan.

“Ada sesiapa nak cuba buat? Boleh share dengan kami nanti.”

You might also like