vivo NEX Dual Display Edition, Kepuasan Berganda Dengan Paparan Dwi Skrin

HARGA: RM3,199

Siapa sahaja yang tidak mengenali jenama telefon pintar vivo yang seringkali melakukan penambahbaikan dan menghasilkan peranti yang kreatif dan inovatif. Kini mereka telah melancarkan satu lagi peranti yang dikenali sebagai vivo NEX Dual Display Edition. Peranti ini merupakan telefon nirbingkai dan seperti namanya ia mempunyai 2 paparan skrin yang ternyata menjadi penarik bagi pengguna yang inginkan kelainan.

 

Pakej Pembelian

Bagi setiap pembelian, anda akan mendapat telefon vivo NEX Dual Display Edition, pengecas, kabel Type-C, earphone, manual penggunaan dan Protective case.

 

Rekaan Yang Unik

Seperti namanya, peranti ini memiliki dua skrin dan membuang terus kamera hadapan dan sekaligus ia dihadirkan dengan paparan penuh. Di bahagian kiri telefon ini, ia disertakan dengan butang penukaran skrin belakang.

Di bahagian kanan pula ia disertakan dengan butang kuasa dan butang pelarasan suara yang mampu mengawal kelantangan suara.

Di bahagian bawah pula disertakan dengan port pengecasan, speaker dan slot sim kad (2 Nano SIM).

Di bahagian atas pula terdapat port audio jack yang membolehkan pengguna mendengar earphone tanpa perlu menggunakan adapter.

 

Spesifikasi

Spesifikasi telefon ini juga tidak mengecewakan dan seiring dengan keunikan rekaannya. Ia disertakan dengan Snapdragon 845 tetapi kini dengan RAM lebih besar iaitu 10GB dan storan dalaman 128GB, namun tiada pilihan menambah storan ini.

Vivo NEX Dual Display Edition
Sistem Operasi  Android 9.0 (Pie)
Pemproses Qualcomm Snapdragon 845, Octa-core
GPU Adreno 630
Paparan Skrin hadapan: 6.39-inci, Skrin belakang : 5.49-inci
Resolusi Skrin Hadapan: 1080 × 2340
Resolusi Skrin Belakang: 1080 × 1920
Skrin hadapan dan belakang: Super AMOLED
Memori 10GB RAM + 128GB ROM
Bateri 3500mAh
Pengecasan Pantas 10V/2.25A 22.5W
Kamera 12MP + 2MP + TOF
f/1.79 + f/1.8 +f/1.3
Rakaman Video 4K
Harga RM3,199

 

Dwi Paparan Memberi Dua Kali Kepuasan

Bagi skrin hadapan, ia disertakan dengan skrin HD Penuh+ berukuran 6.39 inci, lebih kecil dari vivo NEX yang memiliki skrin 6.59 inci. Ia memiliki nisbah skrin ke kerangka sebanyak 91.63%. Apa yang pasti, di bahagian skrin hadapan tidak diletakkan kamera hadapan dan ini memberikan pengguna paparan tontonan penuh tanpa ada sebarang gangguan.

Di bahagian belakang pula, terdapat skrin 5.49 inci dengan resolusi HD Penuh. Apa yang pasti, kedua-dua skrin ini menggunakan paparan Super AMOLED.

 

Kamera Yang Super Cool

Tampil dengan dua skrin dan membuang terus fungsi kamera hadapan, justeru hanya kamera bahagian belakang digunakan. Kamera ini menggunakan tiga lensa yang disusun mendatar, menggunakan sensor Sony IMX363 12MP aperture F/1.79 dengan penstabil imej optikal (OIS) 4-paksi.

Sensor kedua ialah kamera malam 2MP aperture F/1.8 dan sensor ketiga adalah kamera TOF yang mana mampu mengesan tahap kedalaman secara 3D. Jadi tidak hairanlah ia mampu menghasilkan gambar yang menakjubkan.

Satu ciri unik padanya ialah Lunar Ring, bulatan yang mengelilingi kamera belakang. Lunar Ring menghasilkan cahaya pelbagai warna untuk notifikasi yang berbeza. Ia turut bertindak sebagai cahaya lembut untuk mengambil gambar swafoto.

Cara mengaktifkan Lunar Ring ini mudah sahaja, anda hanya perlu menekan simbol manusia yang berada di bahagian atas antara muka kamera tersebut. Anda akan mendapati beberapa pilihan pencahayaan yang boleh anda lakukan seperti natural light, Stereo light, Rainbow light dan lain-lain.

Apa yang menarik anda boleh menggunakan kedua-dua skrin pada masa yang sama ketika merakam gambar yang digelar Mirror Mode. Jadi model di hadapan kamera boleh melihat wajah mereka ketika anda sedang merakam gambar mereka. Berikut merupakan hasil gambar yang dirakam menerusi rakaman kamera telefon ini:

 

Kepuasan Ketika Bermainan Permainan Video

Ketika menggunakan telefon ini untuk bermain game amatlah memuaskan. Dengan paparan penuh serta kesan grafik yang menarik pastinya membuatkan pengguna mencapai kepuasan bermain. Tidak kira sama ada anda bermain Mobile Legend, PUBG atau Arena Of Valor, kesemuanya akan memberikan kepuasan sekiranya anda bermain menggunakan peranti ini.

 

Speaker Yang Seiring Dengan Spesifikasi Tinggi

Telefon ini disertakan dengan 32-bit/192kHz audio, jadi ia akan memberikan bunyi yang agak baik khususnya ketika menonton video atau bermain game. Apa yang bagus mengenai telefon ini ia disertakan dengan port audio jack yang mana kebanyakan telefon pada ketika ini sudah membuang fungsi ini. Dengan adanya fungsi ini, ia akan memudahkan pengguna untuk mendengar muzik menggunakan earphone tanpa perlu menggunakan audio adapter.

 

Sistem Keselamatan Yang Terbaik

Telefon ini mengekalkan penggunaan pengecaman cap jari di dalam skrin, sama seperti NEX sebelumnya. Pengecaman mengambil masa yang sangat pantas dan memudahkan pengguna untuk unlock telefon mereka.

Caranya mudah sahaja:

  1. Pergi ke Setting dan pilih Fingerprint, Face and Password. Kemudian Pilih Fingerprint.
  2. Kemudian pilih Add a Fingerprint.
  3. Lakukan pengecaman cap jari.

Ia juga menyokong pengecaman wajah untuk membuka telefon dengan lebih pantas. Cuma, ia perlu dilakukan menggunakan kamera belakang. Previu akan dilakukan menggunakan skrin di belakang. Cara tetapannya adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke Setting dan pilih Fingerprint, Face and Password. Kemudian Pilih Face.
  2. Kemudian pilih Add a face.
  3. Lakukan pengecaman wajah dan selesai.

 

Kapasiti Bateri

Peranti ini disertakan dengan 3,500mAh sahaja, 500mAh lebih kecil dari NEX yang asal. Kapasiti ini dilihat agak kecil kerana ia disertakan dengan dwi skrin yang pastinya menggunakan bateri yang agak banyak. Peranti ini menggunakan pengecasan pantas 22.5W.

 

Ujian Benchmark

Kami telah menjalankan beberapa siri ujian ke atas telefon ini bagi menguji prestasinya. Berikut merupakan hasil yang diperoleh daripada ujian tersebut. Nyata prestasinya tidak mengecewakan.

#Geekbench 4

#AnTuTu Benchmark

 

Kebaikan

  • Hasil gambar swafoto adalah lebih baik kerana menggunakan tiga kamera di bahagian belakang.
  • Paparan dwi skrin memudahkan untuk mengambil gambar dan model boleh melihat sendiri pose mereka ketika rakaman berlangsung menerusi skrin di belakang.
  • Lunar Ring memberikan tambahan cahaya yang menaikkan lagi kualiti imej.

Kekurangan

  • Skrin agak mudah untuk calar kerana disertakan dengan skrin di bahagian depan dan belakang. Ia boleh ditangani dengan pemakaian tempered glass dan protective case disekeliling telefon ini.
  • Kapasiti bateri yang cepat habis kerana penggunaan dwi skrin.

 

Ulasan

Secara keseluruhan, telefon ini berada pada kelas yang tersendiri. Dengan disertakan dwi paparan memberikan 1 nafas baharu dalam penggunaan telefon pintar khususnya dalam penggunaan kamera. Paparan skrin hadapan yang lebih luas memberikan lebih kepuasan tontonan.

Ia juga mampu membantu model ketika merakam gambar mereka kerana kedua-dua skrin boleh digunakan serentak. Jadi model boleh melihat sendiri gambar mereka ketika diambil. Apa yang lebih menarik, kehadiran Lunar Ring memberikan cahaya lembut yang mampu mencantikkan lagi gambar anda.

_______________________________________

Baca juga:

 

You might also like