OPPO R11 Dan R11 Plus – Kamera Yang Berkuasa!

OPPO akan melancarkan telefon pintar dengan fungsi kamera yang hebat pada bulan depan, sumber yang diperolehi dari media China ini memberitahu kehebatan kamera pada peranti ini tidak boleh disangkal lagi kerana ia menggunakan dwi kamera di bahagian belakang dengan sensor 16 Megapiksel (lensa lebar) dan 20 Megapiksel (2x zoom optikal).

Tidak cukup dengan itu, kamera depan pula hadir dengan 20 Megapiksel yang mampu merakam video HD penuh. Pemproses pada OPPO  R11 ini akan dikuasakan oleh Snapdragon 660 terbaru, dengan sokongan Octa-core 4x 2.2GHz Kryo 260 + 4x 1.8GHz Kryo 260, GPU pula adalah Adreno 512, serta memiliki RAM sebanyak 4GB manakala varian Plus pula sebanyak 6GB.

Saiz paparan skrin pada R11 ialah 5.5 inci dengan bateri berkapasiti 2,900mAh berbanding 6 inci dan bateri sebesar 3,880mAh pada R11 Plus. Kedua-dua telefon pintar ini akan dioperasikan dengan Android 7.1 Nougat dengan Color OS.

Hebat kan?! Cukup berkuasa kan?!

Bila giliran di Malaysia? Hoho…tak pasti lagi!

You might also like