
iPhone 6S Terjejas Kerana Udara
Adakah anda mempunyai masalah di mana iPhone 6s anda padam secara tiba-tiba tanpa sebarang indikasi masalah ataupun simptom? Menurut Apple, maslaah tersebut berpunca dari udara, ya UDARA.
Jadi bagaimana udara boleh menimbulkan masalah kepada peranti ini? Menurut kenyataan yang dimuat naik Apple, masalah tersebut berpunca dari komponen bateri yang telah terdedah kepada udara persekitaran lebih lama daripada sepatutnya sebelum ia dipasang ke dalam peranti. Ia menyebabkan ketahan bateri menjadi lebih singkat daripada bateri normal, dan dari situlah masalah peranti padam secara tiba-tiba berlaku.
Apple juga menekankan bahawa ini bukanlah satu isu keselamatan. Syarikat itu juga menunjukkan bahawa iPhone direka bentuk untuk menutup secara automatik di bawah kondisi tertentu, seperti di bawah suhu yang melampau bagi melindungi litar dan komponen dalaman.
Jika anda mengalami masalah ini dan berniat menukar komponen bateri, sila layari laman web Apple bagi memeriksa sama ada peranti anda layak untuk melakukan penukaran dalam program khas ini.