OtterBox Untuk Samsung Galaxy S8 & S8+

Peranti yang mahal sudah tentu ingin dilindungi, kerana kos untuk membaik pulih paparan skrin tentunya tinggi. Oleh itu, OtterBox telah membawa pelbagai jenis sarung pelindung termasuk pelindung skrin buat Samsung Galaxy S8/S8+.

OtterBox juga mendapat pengiktirafan Drop+Protection dengan 238 jam ujikaji termasuk 24 ujian bagi memastikan ketahanannya tidak diragui. Mari kita lihat model-model yang disediakan.

Symmetry  Ι  RM169 (Galaxy S8)  Ι  RM199 (Galaxy S8+)

Model ini meyediakan kombinasi pelbagai warna yang terang dan sepadan.

 

Symmetry Clear  Ι  RM169 (Galaxy S8)  Ι  RM199 (Galaxy S8+)

Model ini pula didatangkan dengan warna jernih supaya warna pada telefon boleh dilihat secara jelas.

 

Symmetry Metallic  Ι  RM179 (Galaxy S8)  Ι  RM229 (Galaxy S8+)

Di antara ketiga-tiga model Symmetry, kemasan yang terdapat pada jenis ini pula agak berkilat seperti logam.

 

Commuter  Ι  RM169 (Galaxy S8)  Ι  RM199 (Galaxy S8+)

Model ini pula kelihatan agak tebal sedikit tetapi menawarkan perlindungan yang lebih berbanding Symmetry.

 

Defender  Ι  RM229 (Galaxy S8)  Ι  RM269 (Galaxy S8+)

Sesuai untuk aktiviti lasak, Defender melindungi peranti daripada terjatuh ataupun terhentak. Bahagian depan pula hadir dengan Alpha Glass iaitu kepingan gelas yang melindungi skrin.

 

Strada  Ι  RM199 (Galaxy S8)  Ι  RM249 (Galaxy S8+)

Sarung pelindung boleh lipat dengan kemasan kulit bersama benang jahitan melindungi keseluruhan bahagian peranti.

 

Alpha Glass  Ι  RM139 (Galaxy S8)  Ι  RM159 (Galaxy S8+)

Melindungi paparan skrin Samsung Galaxy S8/S8+ daripada hentakan, mengekalkan sensitiviti tekanan pada papan sesentuh. Sesuai digunakan pada semua jenis sarung pelindung OtterBox.

 

Kesemua model siri Defender, siri Commuter, siri Symmetry, siri Strada, siri Folio dan Alpha Glass boleh didapati di laman OtterBox. Anda boleh mengunjungi kedai-kedai terpilih di:

  • Samsung Experience Store di KLCC (Thunder Match Technology)
  • Samsung Experience Store di Mid Valley Megamall (SBS Sales Malaysia)
  • Samsung Experience Store di Plaza Low Yat (MTCS Group)
  • Samsung Experience Store di The Gardens Mall (Welfon Telecommunication)
  • Samsung Experience Store di The Spring Shopping Mall (CG Computer)
  • Digi di Sunway Pyramid (Digi Telecommunication)
You might also like