CES 2018 : Peranti Permulaan Sony Xperia L2 Dilancarkan

Sony telah melancarkan peranti kelas pertengahan mereka Sony Xperia XA2 dan XA2 Ultra di acara CES 2018. Dalam pengenalan itu, sebuah peranti kelas permulaan juga ditampilkan pada acara sama menggunakan nama Xperia L2. Ia sebuah telefon pintar yang hadir dengan paparan 5.5-inci HD 720p.

Tiada perubahan untuk cip dalaman daripada model yang terdahulu. Masih menggunakan MediaTek MT6737T, peranti ini dilengkapi RAM sebesar 3GB dan storan sebanyak 32GB. Jika itu masih tidak mencukupi, terdapat slot kad microSD di bahagian sisi kerangka.

Sony telah meletakkan sebuah kamera di belakang menerusi sensor 13 Megapiksel sementara di depan kamera 8 Megapiksel. Rakaman kamera depan turut menyokong pandangan sudut lebar walaupun begitu Xperia L2 ini hanya menawarkan bateri berkapasiti 2,620mAh tanpa pengecasan pantas.

Pada badan seberat 178g, ia dipadatkan dengan sistem pengimbas cap jari di samping fungsi sambungan NFC. Tidak didatangkan dengan Android terbaru, ia dihidupkan dengan Android 7.1.1 Nougat terus dari kotak.

Sony Xperia L2 akan berada di kedai bermula hujung bulan ini. Tiada pengumuman harga dibuat setakat ini.

Sumber

You might also like