Menangi Baucar Perjalanan Bernilai RM5,000 Dengan Menyertai Pertandingan Fotografi ‘#SeeMalaysiawithvivo’

Sebagai sebahagian daripada usaha mempromosikan destinasi pelancongan di negara ini dengan prestasi kamera siri vivo V7, vivo Malaysia telah melancarkan pertandingan fotografi atas talian #SeeMalaysiawithvivo yang bermula dari 1 Januari hingga 31 Januari 2018 nanti.

Pertandingan ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang memiliki telefon pintar berjenama vivo tanpa sebarang kos ataupun yuran penyertaan. Apa yang perlu anda lakukan adalah mengambil gambar dengan pelbagai tema menarik di negara ini seperti tempat, perayaan, makanan dan sebagainya.

Gambar yang telah diambil menggunakan telefon pintar vivo boleh dikongsikan ke laman Facebook khas dengan meletakkan tanda pagar #SeeMalaysiawithvivo dan #vivoxPhotography. Hadiah utama yang ditawarkan merupakan 1x baucar perjalanan bernilai RM5000, manakala pemenang di tempat kedua pula akan menerima seunit vivo V7. 10 orang pemenang hadiah saguhati pula akan menerima Fast Charge Power Bank setiap seorang.

Maklumat serta terma dan syarat pertandingan : https://bit.ly/2CjI3aT

Laman Facebook pertandingan : https://bit.ly/2CpF5md

You might also like