Xiaomi Mi A1 Mula Terima Kemas Kini Android 8.0 Oreo (7.12.29)

Jika anda memiliki Xiaomi Mi A1, jangan lupa untuk periksa sama ada peranti anda sudah menerima kemas kini terbaru Android 8.0 Oreo ataupun tidak. Menurut forum MIUI di India, pengguna model itu di India sudahpun menerima kemas kini tersebut pada 31 Disember 2017 yang lalu.

Saiz fail data kemas kini yang mencecah sehingga 1GB ini boleh dimuat turun melalui kaedah OTA (Over-The-Air) iaitu dengan mengakses Settings > About Phone > System updates.

Melalui kemas kini Android 8.0 Oreo (7.12.29) ini, pemilik Xiaomi Mi A1 akan menerima beberapa penambahbaikan seperti warna antaramuka yang lebih cerah, sokongan dot notifikasi, fungsi Auto Fill pada aplikasi, mod malam, mod Picture-in-Picture (PIP), dan banyak lagi. Sungguhpun begitu, masih tidak dapat dipastikan lagi sama kemas kini rasmi ini menyokong keupayaan pengecasan pantas sama seperti yang diterima oleh pengguna versi beta.

You might also like