MWC 2019: Sony Xperia 1, Peranti Premium Rekaan Tri-Kamera 12MP Bersama Paparan 21:9

Tahun ini Sony sekaligus memperkenalkan beberapa model Xperia baharu mereka di MWC 2019, selain siri Xperia 10 dan Xperia 10 Plus yang lebih fokus pada kelas pertengahan, lain pula Xperia 1 yang tampil lebih premium dan menyasar pada kelas atasan.

Xperia 1 menawarkan skrin 6.5 inci 4K OLED dengan sokongan nisbah 21:9 CinemaWide, cukup memberikan pengalaman menonton yang istimewa dan tentunya lebih menakjubkan terutamanya ada sokongan kualiti audio kelas tinggi seperti Dolby Atmos.

Gabungan tiga kamera utama beresolusi 12MP (f/1.6) + 12MP (f/2.4) + 12MP (f/2.4) Super wide-angle ini mempunyai kebolehan merakam foto dan video yang sungguh baik, tambahan lagi ciri-ciri menarik seperti 2x optikal zum, rakaman Creator serta Cinema Pro yang dikuasakan oleh CineAlta menjamin keseronokan sepanjang menggunakan peranti ini. Bahagian kamera hadapan tetap sama seperti yang lain iaitu 8MP (f/2.0).

Sebagai peranti premium, Xperia 1 dijana dengan Snapdragon 855 di bawah RAM 6GB dan 128GB ROM, sokongan kad microSD sehingga 512GB tetap disediakan. Pengimbas cap jari terletak di bahagian sisi di bawah butang laras suara, bateri berkapasiti 3300mAh dan menyokong pengecasan pantas Xperia Adaptive Charging.

Harga Xperia 1 dijual pada $899, kira-kira RM3,656 dan ditawarkan dengan pilihan warna Black, Purple, Grey dan White.

♠ Sekilas Pandang ♠ Xperia 1

______________________________

♦ Ikuti laporan MWC 2019 di sini. ♦

 

 

You might also like