vivo Bakal Lancarkan vivo Y70s 5G? Poster Dah Terdedah!!

500

Menurut satu poster yang terdedah, vivio dikhabarkan bakal melancarkan peranti terbaharunya yang dikenali sebagai vivo Y70s .

Sungguhpun begitu, tiada sebarang maklumat yang sahih mengenai peranti ini. Namun dikhabarkan ia bakal tampil dengan kamera utama 48MP.

Terdapat juga desas desus menyatakan bahawa ia bakal tampil dengan Exynos 880 SoC yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan sebesar 128GB. Kapasiti bateri pula adalah 4500mAh dan disertakan dengan pengecasan pantas 18W.

Jadi sama-sama kita nantikan kesahihannya.