Nikon Perkenalkan Kamera Digital Tahan Lasak, Coolpix W100

Q14065_Overview_1Nikon Malaysia dengan bangganya mengumumkan kamera digital kompak terbarunya dari siri ‘Coolpix’ yang dikenali sebagai Coolpix W100. Menampilkan rekaan kompak berukuran 109.5 x 67 x 38mm dan seberat 177g, ia sebuah kamera digital tahan lasak, sesuai untuk dimiliki oleh mereka yang aktif. Selain membolehkan pengguna mengambil gambar berkualiti dengan kehadiran lensa beresolusi 13.2 Megapiksel, ia juga boleh membuat rakaman video HD penuh.

Nak tahu apa lagi fungsi menarik yang disediakan pada Coolpix W100 ini? Lihat di bawah ini!

  • Tahan lasak 1Coolpix W100 mampu bertahan di dalam air sedalam 10 meter, tahan hentakan setinggi 1.8 meter serta kalis debu dan sejuk beku sehingga −10°C.

 

  • Nikons SnapBridge2Sokong aplikasi SnapBridge yang boleh menyambungkan kamera digital ini dengan smartphone untuk berkongsi gambar-gambar dan juga video menarik.

 

  • Lensa 13.2 Megapiksel3Kehadiran lensa beresolusi 13.2 Megapiksel bersama 3x optikal zoom dan Dynamic Fine Zoom pastinya mampu menghasilkan imej yang cantik dan menonjol.

 

  • Underwater Face Framing 4Mengambil gambar di dalam air kini bukan lagi masalah! Selain kalis air, Coolpix W100 juga hadir dengan fungsi Underwater Face Framing. Apabila mengesan wajah manusia di dalam air, kamera automatik akan mengambil gambar.

 

  • Photo Editor

Gambar yang diambil boleh diedit terlebih dahulu dengan beberapa efek dan bingkai menarik.

 

  • Rakaman video HD penuh

Kebolehan membuat rakaman video HD penuh dengan fungsi anti gegaran dan kualiti bunyi dipertingkatkan, menjadikan Coolpix W100 sebuah kamera digital kompak yang hebat!

 

  • Warna5Pilihlah mengikut kriteria anda kerana Coolpix W100 hadir dengan 5 pilihan warna menggoda yang terdiri daripada biru, merah jambu, putih, kuning dan marine.

 

  • Hasil GambarHasil Gambar 1 Hasil Gambar 2 Hasil Gambar 3 Hasil GambarNikon Coolpix W100 akan berada di pasaran Malaysia bermula Ogos 2016, cuma CoolPix W100 dengan rekaan “Marine-motif” akan memasuki pasaran tempatan pada September 2016 nanti.

 

You might also like