
Analog Paris
Aplikasi terbaru yang diperkenalkan untuk pengguna iOS ini pastinya menarik perhatian terutamanya bagi yang gemar mengedit gambar. Analog Paris merupakan aplikasi ketujuh yang dihasilkan oleh Analog Film City Series. Ia adalah aplikasi penggambaran profesional untuk pemilik iPhone. Aplikasi ini menyediakan 10 filters fotografi di Paris dan 30 filters berwarna untuk mereka yang gemar membuat lakaran gambar digital di hujung jari sahaja.
Menariknya lagi, aplikasi Analog Paris ini dibangunkan dengan resolusi bebas, di mana anda boleh mengedit gambar yang diambil seperti berada di Paris sama ada menggunakan filters Paris mahupun Color. Hasil gambar yang telah siap diedit boleh dikongsi ke laman sosial seperti Instagram, Sina Weibo, Twitter & Facebook.
Muat Turun

