
Fungsi Notifikasi Baru Dalam Peranti Nexus Akan Datang
Kami mendapat tahu bahawa HTC dan Google akan menyediakan satu ciri akses notifikasi baru dalam peranti Nexus generasi seterusnya. Peranti Nexus yang kini hanya dikenali dengan kod nama Marlin dan Sailfish membolehkan anda mengakses notifikasi dengan melakukan swipe ke bawah pada bahagian pengimbas cap jari.
Ciri ini bukanlah sesuatu yang baru, kerana sebelum ini peranti jenama Huawei dan Honor sudah lama menggunakan fungsi ini. Dalam pada masa yang sama, ura-ura bahawa peranti Nexus selepas ini akan hadir dalam pilihan warna biru dan reka bentuk butang navigasi baru juga semakin kuat, ini berdasarkan imej yang tersebar.
Apa kata anda? Adakah Google dan HTC terlalu banyak melakukan modifikasi atau anda terbuka kepada perubahan yang dilakukan?