Samsung Flip Dilancarkan Secara Rasmi – Dijual Pada Harga RM12,999

Samsung Flip adalah papan pintar digital yang memudahkan anda membuat pekerjaan pejabat dengan lebih produktif. Menampilkan paparan skrin berukuran 55 inci dengan resolusi 4K, ia dioperasikan oleh OS Tizen 3.0 menggunakan teknologi InGlass.

Bagi memudahkan membuat lakaran pada Samsung Flip, terdapat sebuah pen stylus yang sangat responsif serta boleh ditulis oleh beberapa orang serentak bagi kemudahan anda membuat kerja pejabat/berkumpulan dengan mudah.

Lebih menarik, sokongan paparan skrin sentuh ini juga boleh dipadam dengan cara Gesture. Bagi melindungi data yang ada daripada diceroboh, anda boleh meletakkan kata laluan untuk persendirian mahupun pekerjaan.

Dibekalkan memori dalaman sebesar 8GB dan RAM LPDDR4 3GB serta dikuasakan oleh pemproses Quad Core 1.7GHz, kelebihan peranti ini adalah boleh disambungkan pada komputer riba dan juga telefon pintar milik Samsung menggunakan sambungan HDMI, USB, Screen Mirroring, wayarles dan juga NFC.

Pen stylus sangat responsif
eRing ada mencuba sendiri kelancaran pen stylus dan ia sangat memuaskan

Selain itu, anda juga boleh memilih untuk menggunakan Samsung Flip secara menegak mahupun melintang. Kepada yang berminat boleh mendapatkan peranti ini dengan harga RM12,999 bermula hari ini.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman rasmi Samsung.

 

You might also like