Wanita Australia Melecur Berpunca Dari iPhone 7

2Melanie Tan Pelaez bangun dari tidur dengan rasa sakit yang mencucuk-cucuk di lengannya. Beliau secara tidak sengaja telah tertidur dengan lengannya berada di atas iPhone 7 yang sedang dicas. Kecuaian tersebut menyebabkan sebahagian lengannya melecur dan berparut.

Walaupun boleh dikatakan ia berpunca dari kecuaian pemilik peranti, kami berpendapat tidak sepatutnya sesebuah peranti itu menjadi panas sehingga menyebabkan kecederaan kepada manusia. Kebiasaannya, peranti elektronik mempunyai sistem keselamatan yang membolehkan peranti memadamkan sendiri segala operasi sekiranya ia menjadi terlalu panas.

1Melanie berkata Apple telah pun menghubungi beliau dan menawarkan peranti gantian, namun beliau telah menolak kerana tidak lagi percaya akan keselamatan peranti tersebut. Pesan kami adalah praktikkan tabiat mengecas yang baik, elakkan meletak peranti di atas katil, bantal atau mana-mana tempat bukan konduktor haba yang baik.

You might also like