
85% pengguna kini menggunakan dua atau lebih platform/peranti untuk melakukan kerja.
Berdasarkan kenyataan tersebut, jelas bahawa pasaran pengguna kini mempunyai permintaan yang tinggi terhadap peranti yang mampu bekerja pada dua atau lebih platform dengan proses penukaran yang seamless dan mudah.
Oleh sebab itu Logitech memperkenalkan M720 Triathlon Multi-Device Mouse yang mampu disambungkan kepada tiga peranti dengan hanya menekan sebuah butang. Anda juga tidak perlu risau jika anda menggunakan peranti yang mempunyai sistem operasi yang berbeza, kerana mouse ini menyokong sistem operasi Windows, Mac OS, Chrome OS, Android dan Linux.
M720 Triathlon Multi-Device Mouse akan mula dijual pada bulan Oktober 2016
dengan harga RM259.00.
Perisian Logitech Options membolehkan anda menyesuaikan mouse dengan sistem kerja yang dilakukan pada setiap platform. Di samping itu, Logitech juga menawarkan sistem kuasa yang baru pada mouse ini, M720 Triathlon Multi-Device Mouse mampu beroperasi sehingga 2 tahun dengan menggunakan sebuah bateri AA, hebat!

