

Fuiyoh~ Astro hari ini melancarkan siaran 4K UHD pertama di Malaysia, dan ia bakal menyiarkan secara eksklusif siaran langsung perlawanan hebat Liga Perdana (PL); Liverpool vs West Ham dan Arsenal vs Man City untuk pertama kalinya. Selain Liga Perdana, acara perlumbaan Formula Satu (F1) dan filem-filem pecah panggung dalam paparan 4K UHD turut akan ditawarkan.
Peminat bola boleh melayari laman rasmi Astro untuk merujuk senarai rakan niaga F&B yang terlibat, dan dijangka akan bertambah banyak lagi dalam beberapa minggu. Rangkaian F&B atau peruncit yang berminat juga boleh mendaftar di laman sesawang yang sama.

Pengalaman tontonan yang terhebat bagi paparan 4K UHD mendapat kerjasama dari pihak Sharp dan Samsung, paparan warna di kaca televisyen lebih terang dan meningkatkan resolusi HDTV kepada empat kali ganda menjadikan butiran lebih jelas serta mempunyai lebih kepelbagaian dalam palet warna.
Astro telah membuat pelaburan dalam infrastruktur untuk meningkatkan pengalaman menonton dengan penyiaran dalam kualiti 4K UHD secara berperingkat di beberapa saluran, pengenalan perisian baharu dan panduan penggunaan supaya kandungan program yang ditawarkan dapat diakses dengan mudah serta beberapa ciri inovatif lain pada tahun ini.

