[Ura-Ura] : Lenovo Bakal Muncul Dengan Peranti Pintar Di Bawah Jenama Legion?

Wah wah wah, hebat ye! Kita semua tahu kan, Lenovo cukup terkenal dengan jenama Legion – di mana sebuah produk komputer yang lebih berfokuskan kepada permainan. Nampaknya, Lenovo kini melangkah setapak lagi kehadapan apabila dikhabarkan telah mendaftar akaun Legion di Weibo – sekaligus memberi gambar syarikat ini bakal muncul dengan siri peranti pintar di bawah jenama ini.

Jika perkara ini benar, ia bermakna bakal menjadi pesaing terbaru kepada dua jenama terkemuka gaming phone iaitu Razer dan ROG kelak. Pun begitu, Lenovo masih belum mengulas lanjut mengenai perkara ini tetapu ia seakan – akam tidak mustahil bukan? Jika benar, kita boleh mengharapkan sesuatu yang luar biasa untuk penawarannya.

You might also like