

Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang, Xiaomi kini mengadakan promosi hebat di Lazada bermula dari 16 sehingga 18 Januari 2019.

Beberapa produk keluaran Xiaomi akan jual sepanjang tempoh tersebut. Antara produk tersebut ialah Mi MIX 2S 64GB yang dijual pada harga promosi iaitu RM1399 sahaja. Manakala Redmi Note 5 dengan storan sebanyak 32GB dan RAM 3GB dijual pada harga RM549.

Bagi mereka yang mempunyai bajet yang sedikit rendah, anda boleh mendapatkan Redmi 6A pada harga RM349. Anda juga boleh memilih Redmi 6 yang berharga RM455.

Promosi ini bukan terhad kepada telefon pintar sahaja, tetapi juga aksesori keluaran Xiaomi. Antara yang dijual adalah Gelang kecergasan Mi Band 2 yang dijual pada harga RM59. Kamera aksi Mi Action turut dijual dengan harga RM399.
Anda perlu sentiasa mengikuti promosi-promosi hebat yang dijalankan oleh Xiaomi dan Lazada kerana lebih banyak tawaran hebat menanti anda.
Baca juga:
- Xiaomi Mi MIX 3 Dijual Pada Harga Bermula RM 2,199 – Ketersediaan 12 Januari…
- Xiaomi Mi MIX 3 Menerima Skor 103 Dari DXOMark – Setanding Keupayaan Kamera HTC U12+ & Samsung Galaxy Note9
- Perkongsian Gambar Dari Lensa Xiaomi Mi MIX 3
- Xiaomi Mi MIX 3 Dilancarkan – Paparan Skrin Penuh, Rekaan Slide & Snapdragon 84

