
Xiaomi Mi MIX 3 Dilancarkan – Paparan Skrin Penuh, Rekaan Slide & Snapdragon 845
Keterujaan buat semua peminat Xiaomi Mi MIX 3 apabila telefon pintar yang ditunggu-tunggu akhirnya diperkenalkan secara rasmi di Beijing. Sebelum ini terdapat beberapa spesifikasi yang didedahkan di laman sosial Weibo dan boleh dikatakan semuanya benar belaka.
Xiaomi Mi MIX 3 merupakan telefon pintar yang hadir dengan paparan skrin penuh berukuran 6.39-inci FHD+ AMOLED bersama nisbah 19.5:9 menjanjikan pengalaman visual yang lebih luas sama ada melayari Internet, menonton video atau bermain permainan.
Kamera utama menyokong dwi-kamera 12MP + 12MP dengan aperture f/1.8 + f/2.4, manakala kamera swafoto pula turut menyokong dwi-kamera dengan sensor 24MP + 2MP. Uniknya kamera swafoto Mi MIX 3, anda perlu slide telefon pintar ini untuk menggunakan kamera hadapan.
Dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 845, ia turut diserikan dengan OS Android 8.1 Oreo bersama paparan antaramuka MIUI 10. Ditawarkan dalam tiga varian berbeza, pengguna boleh memilih sama ada ingin membeli varian 6GB RAM + 128GB ROM, 8GB RAM + 128GB ROM ataupun 8GB RAM + 256GB ROM dan mempunyai kapasiti bateri sebesar 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas tanpa wayar.
Hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Ceramic Black, Sapphire Blue dan Emerald Green, harga yang ditawarkan untuk Xiaomi Mi MIX 3 ini adalah RMB3,299 (kira-kira RM1,980), RMB3,599 (kira-kira RM2,160) dan RMB3,999 (kira-kira RM2,400).
Spesifikasi :
- Android 8.1 Oreo
- MIUI 10
- Qualcomm Snapdragon 845
- 6GB RAM +128GB ROM / 8GB RAM + 128GB ROM / 8GB RAM + 256GB ROM
- 4,000mAh (Pengecas Pantas Tanpa Wayar 10W)
- 6.39″ OLED FHD+ 2340 x 1080 19.5:9
- Nisbah skrin-ke-kerangka 93.4%
- Dual Nano SIM
- Kamera Utama Sony IMX363 12MP (f/1.8) + 12MP (f/2.4)
- Kamera Hadapan Sony IMX576 24MP + 2MP (Posisi Slide)
- Zum Optikal, 4-Axis
- Slow Motion video 960fps
- Pengimbas Cap Jari (bahagian tepi)
- Sambungan 5G
- Butang AI
- Ceramic Black, Sapphire Blue, Emerald Green



Selain itu, Xiaomi turut memperkenalkan Mi MIX 3 edisi terhad dengan kapasiti RAM 10GB + 256GB ROM. Telefon pintar ini akan diperkenalkan pada hujung November 2018 bagi pasaran China sahaja dengan tawaran harga RMB4,999 (kira-kira RM3,000).


