

Sorakan keterujaan bergema apabila para peminat anime dan pemain permainan video membanjiri Sunway Velocity Mall pada hujung minggu lalu, dari 31 Mei hingga 2 Jun, untuk merasai pengalaman yang benar-benar tidak dapat dilupakan di reruai kolaborasi PUBG MOBILE x Attack On Titan! Acara hebat ini yang dilancarkan seiring dengan kemas kini terbaru permainan tersebut telah menarik kehadiran hampir 10,000 pengunjung yang penuh semangat, membuktikan tanpa ragu kuasa luar biasa dan daya tarikan yang tidak dapat disangkal dari dunia gaming di Malaysia!
Suasana sungguh meriah! Peminat membanjiri Sunway Velocity Mall untuk merasai sendiri kolaborasi hebat PUBG MOBILE x Attack On Titan
Suasana sepanjang acara amat mengujakan, dipenuhi dengan pelbagai aktiviti mendebarkan yang menghiburkan pengunjung dari semua peringkat umur. Dari photobooth interaktif yang merakam detik epik, sesi undian peminat yang hangat, sesi permainan secara langsung yang mencabar, hinggalah ke kuiz meneka bunyi senjata dalam permainan — setiap sudut reruai dipenuhi dengan tenaga dan keterujaan. Ini bukan sekadar acara, tetapi sebuah pengalaman mendalam yang luar biasa, memikat hati pemain baharu yang baru mengenali PUBG MOBILE serta pemain lama yang tidak sabar untuk mencuba kandungan terkini yang mengujakan.
Satu ujian kesetiaan sebenar! Peminat dari pelbagai peringkat umur mengundi senjata terbaik dalam permainan di acara PUBG MOBILE x Attack On Titan.
“Jumlah kehadiran dan tenaga luar biasa sepanjang acara ini benar-benar membuatkan saya bangga! Ia merupakan satu kejayaan besar dalam komuniti ACG Malaysia. Acara ini membuktikan komitmen teguh kami dalam menyediakan bukan sahaja pengalaman permainan yang menarik, tetapi juga pengalaman dunia nyata yang luar biasa dan bermakna, yang benar-benar menghubungkan kami dengan pemain serta komuniti secara keseluruhan. Kami tidak sabar menantikan kolaborasi akan datang yang mampu terus membakar semangat peminat hebat kami!” kata Eugene Chin, Pengurus Negara (Malaysia) bagi Tencent Games.
Tiket untuk sebuah kemenangan! Para pengunjung acara dengan penuh semangat mengambil tiket istimewa mereka untuk peluang menang hadiah yang benar-benar hebat.
Pengembaraan epik ini belum berakhir! Peminat digesa untuk mendedikasikan jiwa raga mereka demi kemenangan apabila kolaborasi hebat PUBG MOBILE bersama Attack On Titan kini boleh dimainkan dalam permainan menerusi Kemas Kini Versi 3.8, “Steampunk Frontier”. Kemas kini berskala besar ini membawa pemain ke dunia penuh aksi dan keterujaan luar biasa, membolehkan mereka merasai:
- Aksi Attack On Titan yang mendebarkan, menampilkan transformasi Titan yang mengagumkan serta pelbagai ganjaran bertema eksklusif.
- Menguasai pergerakan hebat dengan Omni-Directional Mobility (ODM) Gear, meluncur di udara dan menumpaskan para Titan demi kemuliaan insan sejagat!
- Meneroka Steampunk Frontier yang serba baharu — landskap memukau yang dipenuhi dengan kereta api wap gergasi, stesen utama Aetherholm yang megah, hab kargo yang sibuk, dan belon udara panas yang gah, menjadikan pertempuran udara lebih epik dari sebelumnya!
Kehebohan ini memang nyata! Jangan sekadar dengar cerita – alami sendiri keseruannya!
Bermula 30 Mei hingga 6 Julai, pemain boleh menyelami dunia Attack On Titan dengan lebih mendalam melalui kehadiran set watak ikonik Eren Yeager, Armin Arlert, Levi, dan Mikasa Ackermann. Setiap set boleh didapati dalam dua gaya: gaya anime yang penuh warna-warni dan gaya 3D realistik, membolehkan pemain bertukar antara penampilan kartun yang hidup dan rupa yang lebih realistik semasa bertempur di medan perang.
Sebagai penghormatan kepada kuasa transformasi yang menjadi nadi siri ini, pemain yang memperoleh kedua-dua set watak Eren Yeager dan set Attack Titan akan dapat menukar Eren kepada Attack Titan yang menggerunkan. Begitu juga, mereka yang memiliki set watak Armin Arlert dan set Colossal Titan boleh mengaktifkan transformasi Armin menjadi Colossal Titan, memberikan elemen baharu yang menggemparkan kepada pengalaman permainan mereka.
Selain transformasi ini, pemain juga boleh menikmati pelbagai kandungan bertema yang menghidupkan semangat dan intensiti Attack On Titan, termasuk:
- Kostum Armored Titan dan teman Mini Colossal Titan Buddy.
- Pek suara untuk watak-watak lagenda Attack On Titan seperti Eren, Armin, Levi dan Mikasa, lengkap dengan dialog ikonik daripada siri anime.
- Pelbagai item yang boleh disesuaikan bertemakan Scout Regiment, kumpulan elit yang mempertahankan manusia daripada ancaman Titan. Ini termasuk set peralatan Scout Regiment, Scout Regiment Horse, Cart Titan Dacia, dan Colossal Titan Dacia berotot.
- Koleksi kelengkapan bertema termasuk payung terjun, kulit senjata, senjata jarak dekat, topi keledar, beg galas, hiasan senjata dan banyak lagi, semuanya direka untuk menghormati gaya, simbolisme dan visual menarik yang menjadikan Attack On Titan sebuah fenomena global.
Kemas Kini PUBG MOBILE Versi 3.8 akan tersedia sehingga 6 Julai! Muat turun permainan dan main secara percuma di App Store dan Google Play Store.

