
“POLIS EVO 3” Di Pawagam Mulai 25 Mei Ini
Filem aksi blockbuster terlaris Polis Evo kembali untuk melengkapkan triloginya, POLIS EVO 3 yang akan menemui penonton di seluruh pawagam seluruh Malaysia, Singapura, Brunei bermula 25 Mei ini. Polis Evo 3 mengembalikan tunggak utama Zizan Razak sebagai Inspektor Sani dan Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai. ‘Keluarga Polis Evo’ juga bertambah besar apabila disertai nama-nama hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan dan Eyka Farhana.

Penampilan Istimewa Dato’ Afdlin Shauki di Polis Evo 3
Polis Evo 3 turut dijayakan dengan penampilan khas pelakon-pelakon terkenal tanah air seperti Michael Ang, Ben Amir, Wanna Ali, Zulin Aziz, Fauziah Gaos, Ezzaty Abdullah, Iman Corrine Adrienne, Danial Zaini, Radin ERA, Kamaliah Mat Dom, Datin Fadilah Mansor, Daniel Cheang, Isha Norsham ERA dan pempengaruh media sosial Zukieeeee. Tidak ketinggalan, penampilan istimewa oleh Dato’ Afdlin Shauki yang pasti mencuit hati.

Polis Evo 3 menyaksikan Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.
Pembelian Tiket Awal Polis Evo 3

Istimewa buat peminat dan penonton, tiket filem Polis Evo 3 boleh mula dibeli pada 11 Mei 2023 di pawagam seluruh negara. Penonton juga boleh menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘sneak preview’ pada 24 Mei 2023 – satu hari awal sebelum tarikh tayangan rasmi filem.
Lagu Tema Filem (OST)
Lagu bertajuk “AYUH” merupakan lagu ciptaan oleh komposer legenda rap terkenal, Malique atau turut dikenali sebagai Mr General di kalangan peminatnya. Turut ditulis Adeep Nahar dan lirik oleh Malique, Kmy Kmo, Aman Ra, ‘Ayuh’ dinyanyikan oleh gabungan hebat Malique, Kmy Kmo, Aman Ra dan vokal terbaik, Ernie Zakri. Lagu yang berentak ‘up beat’ ini mampu mengajak semua peminat untuk mendengar dan menikmati setiap bait liriknya dari mula hingga ke minit terakhir. Ini merupakan kemunculan pertama nyanyian Malique selepas enam tahun tidak merakam lagu.
PUBG MOBILE x Polis Evo 3

Astro Shaw dengan kerjasama permainan mudah alih popular PUBG MOBILE melancarkan acara rentas jenama dalam permainan, PUBG MOBILE x Polis Evo 3. Pemain akan ditawarkan pek suara khas Inspektor Khai dan Inspektor Sani berdasarkan dialog-dialog dari filem Polis Evo 3. Menariknya, kesemua dialog berkenaan disumbangkan sendiri oleh pelakonnya, Shaheizy Sam dan Zizan Razak. Selain itu lagu pemain boleh muat turun OST Ayuh dan lagu tersebut akan muncul di ‘lobi’ – permulaan permainan. Penonton boleh saksikan trailer PUBG MOBILE X Polis Evo 3 di semua platform media sosial PUBG MOBILE.
Sofyank X Polis Evo 3
Pempengaruh media sosial bertaraf antarabangsa dan pemenang Gempak Most Wanted Award, Sofyank yang banyak menghasilkan video kesan khas dengan kemahiran menyunting video telah berkolaborasi dengan filem-filem besar global seperti Ant-Man and The Wasp: Quantumania. Polis Evo 3 juga menjalinkan kolaborasi bersama beliau bagi menerbitkan video pendek Polis Evo 3 yang akan di muat naik di platform media sosial.
Siri Jelajah Polis Evo 3
Buat peminat di luar sana, barisan pelakon Polis Evo 3 akan hadir ke tempat anda melalui siri jelajah pada 26, 27, 28 Mei di Terengganu, Pahang; 3, 4, 5 Jun di Kedah, Penang, Perak; dan 9, 10, 11 di Johor, Melaka, Negeri Sembilan. Untuk butiran lanjut boleh rujuk di akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak.
Nantikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang akan berada di pawagam bermula 25 Mei 2023. Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.