

Nampaknya. sebuah langkah cemerlang realme Malaysia untuk penutup tahun 2019 ini diteruskan apabila telah merasmikan satu lagi model terbaharu yang dikenali sebagai realme 5s yang bakal dijual pada harga RM799. realme 5s disertakan dengan skrin yang sangat baik iaitu 6.5″ LCD HD+ (1600 x 720), 269 ppi yang pastinya memberikan tontonan terbaik kepada pengguna. Tidak hairanlah kerana nisbah skrin ke kerangka peranti ini mencapai sehingga 89%.

Peranti kelas pertengahan ini mengetengahkan spesifikasi menakjubkan apabila menjalankan sistem operasi ColorOS 6 + Android P. Ia turut dikuasakan oleh Snapdragon 665 AIE dan dipadankan dengan RAM sebesar 4GB dan storan 128GB (boleh dikembangkan melalui slot microSD 256GB). Kamera juga sangat baik apabila tampil dengan 4 kamera di bahagian belakang iaitu 48MP (f/1.8) + 8MP (f/2.25) + 2MP (f/2.4) + 2MP (f/2.4). Kamera hadapan juga tidak mengecewakan apabila disertakan dengan 13MP (f/2.0).
Kapasiti peranti ini juga luar biasa apabila disertakan dengan Bateri 5,000mAh (micro USB) pastinya mampu bertahan seharian. Disertakan dengan 3 pilihan warna iaitu Crystal Red & Crystal Blue mampu membuatkan semua anda tidak keruan untuk membelinya. Bagi berminat, realme 5s dijual pada harga RM799.
Ketersediaan adalah bermula 14 Disember 2019 (Offline) di mana setiap pembelian didatangkan dengan hadiah percuma berupa realme 5s phone case. Sebagai alternatif, korang juga boleh dapatkan secara atas talian menerusi Shopee pada 19 Disember 2019 – setiap pembelian didatang hadiah percuma menarik berupa realme 5s phone case & realme Buds 2. Jangan lupa dapatkan seunit!
_____________________________________________________________________
Artikel Berkaitan:
- Pandang Pertama realme 5s: Pencabar Baru Dengan Suntikan Teknologi Terkini Datang Lagi?
- [TERTIRIS] : realme X50 5G Bakal Dikuasakan Oleh Cip Pemproses Snapdragon 765G?
- realme X2 Pro Pecah Rekod!! – Pra-Tempahan Habis Ditempah Dalam Masa 14 Minit!!
- Reviu Eksklusif realme X2 Pro : Si Hebat Dengan Prestasi Mengancam!






