BERITA BAIK! Samsung Galaxy Tab S Disahkan Mula Menerima Kemas Kini Android Marshmallow

1219
- Iklan -

pic 1Sebelum ini eRing ada mengongsikan berita mengenai Samsung Galaxy Tab S generasi pertama yang dikatakan tidak akan menerima kemas kini Android Marshmallow berdasarkan kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Samsung Mobile Netherlands. Nampaknya kenyataan itu telah disangkal oleh Samsung Mobile Greece dengan mengatakan ketersediaan kemas kini versi Android terbaru itu akan bermula tidak lama lagi.

pic 2.1 - screenshotBerita baik itu telah disahkan lagi apabila pemilik tablet Samsung Galaxy Tab S 10.5 inci LTE dengan model SM-T805 di Jerman sudahpun mula menerima kemas kini Android 6.0.1 Marshmallow pada 24 Ogos yang lalu. Berdasarkan kepada perkongsian yang telah dibuat, kemas kini OTA itu bersaiz 812.72MB.

pic 2.2 - screenshot Penerimaan kemas kini ini sudah tentunya akan diterima oleh pemilik dari negara lain secara berperingkat-peringkat. Tetapi jika anda sudah tidak sabar-sabar untuk mencubanya, cara termudah adalah dengan memasangnya secara manual menggunakan perisian Odin.pic 2.3 - screenshot