OPPO Berkongsi 3 Tip Menarik Untuk OPPO F7

OPPO F7 telah diperkenalkan kepada umum secara rasmi pada 19 April yang lepas. Hadir dengan paparan antaramuka ColorOS 5.0, terdapat beberapa tip menarik yang boleh digunakan pada telefon pintar ini yang dikongsikan oleh OPPO Malaysia.

1. Game Acceleration

Ketika bermain permainan mudah-alih, jika terdapat panggilan telefon ia akan dipaparkan pada bahagian atas skrin supaya tidak mengganggu permainan anda. Selain itu, penggguna juga boleh menyekat panggilan dan juga mesej daripada masuk.

Game Acceleration –> Do Not Disturb –> Block Notifications

2. Navigation Keys

Paparan antaramuka ColorOS 5.0 telah memberikan pengalaman navigasi pengguna yang lebih baik. Anda boleh menggantikan tiga navigasi biasa yang ada di bahagian bawah skrin dengan cara yang mudah iaitu meleretkan jari ke kiri, tengah, atas atau bawah.

Navigation Keys –> Swipe-up Gesture Navigation –> Back on Both Sides

3. Notch Area Screen Display Control

Telefon pintar ini membolehkan pengguna untuk mengawal paparan skrin ‘rongak’. Walaupun terdapat beberapa aplikasi yang tidak menyokong paparan skrin penuh, anda boleh mematikan skrin ‘rongak’ bagi menjaminkan paparan terbaik semasa menggunakan aplikasi.

Display & Brightness –> App Display in Full-screen –> Notch Area Display Control

Bukan itu sahaja, paparan antaramuka ColorOS 5.0 turut menyediakan alternatif yang lebih baik kepada pengguna, di mana ia secara automatik akan mengasingkan gambar mengikut kategori berbeza seperti tempat, tarikh dan untuk kemudahan anda.

You might also like