U Mobile Bekerjasama Dengan AEON Credit Untuk Kemudahan Memiliki iPhone

1266
- Iklan -

pic 1 Baru-baru ini U Mobile telah mengumumkan kerjasama secara eksklusif dengan AEON Credit Service (M) Berhad bagi menawarkan kemudahan untuk pembelian iPhone untuk para pelanggannya. Skim pembiayaan yang dikenali sebagai ‘U MicroCredit’ ini membolehkan pelanggan untuk membuat pembelian iPhone melalui pelan pembayaran mudah yang fleksibel sehingga 36 bulan. Melalui skim ini juga, pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan pembiayaan penuh untuk memiliki iPhone pada kadar faedah serendah 1.1% sebulan.

pic 2

Lebih menariknya, U Mobile merupakan satu-satunya syarikat pembekal telekomunikasi di rantau Asia yang menawarkan pembiayaan pembelian peranti secara kredit. Bahkan sejak ia diperkenalkan pada Mac 2015 yang lalu, skim ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan kerana ia memudahkan pemohon untuk memiliki iPhone. Sebelum ini, pelanggan U Mobile hanya boleh menerima kemudahaan pembiayaan sehingga RM3,500 dengan kadar faedah sehingga 1.5% sebulan. Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan U Mobile, sila layari www.u.com.my atau untuk mengetahui lebih dekat tentang U MicroCredit, sila kunjungi www.u.com.my/umicrocredit. Manakala untuk mendapatkan maklumat mengenai AEON Credit, kunjungi www.aeonmalaysia.com.my.