Warna Baru OnePlus 3T

1191
- Iklan -

Selepas Apple memperkenalkan warna baru iPhone 7 / 7 Plus, kini giliran OnePlus pula menghangatkan suasana dengan satu variasi warna yang cukup popular di dalam pasaran masa kini. Saduran warna matte black yang diberikan pada OnePlus 3T dikenali sebagai Midnight Black ini sudah mula dipaparkan di laman web OnePlus.

OnePlus 3T Midnight Black akan mula dijual pada 24 Mac 2017 untuk pasaran US, Eropah dan Hong Kong dengan harga USD 479 (kira-kira RM 2,122.69).