
Google Akan Menyertakan Fungsi Perkongsian Lokasi Di Dalam Google Maps
Melalui laman blog Google, syarikat tersebut telah mengumumkan bahawa tidak lama lagi Google Maps akan dilengkapi fungsi perkongsian lokasi dari dalam aplikasi.
Google mengatakan pengguna boleh berkongsi lokasi dengan mengakses menu di bahagian tepi atau dengan hanya tap pada titik biru di dalam peta yang digunakan untuk menunjukkan lokasi semasa pengguna, kemudian tap pada pilihan “Share Location” dan pilih kenalan.
Selain perkongsian lokasi, Google juga akan menyertakan fungsi perkongsian perjalanan di dalam aplikasi Google Maps. Fungsi ini membolehkan kenalan anda memeriksa informasi semasa perjalanan anda.

