Huawei MediaPad M3 Akan Menerima Kemas Kini EMUI 5.0 Pada Akhir Bulan Jun Ini

Huawei akan mengeluarkan kemas kini terbaru EMUI 5.0 untuk tablet Huawei MediaPad M3 selewat-lewatnya akhir bulan ini. Pengalaman baru ini dapat dirasai dalam EMUI 5.0 dengan ciri baru seperti Algoritma Pembelajaran Mesin yang akan memudahkan penggunaan seharian serta mengoptimumkan keperluan pengguna.

Selain itu, kepada yang masih belum memilikinya, Huawei Malaysia turut menawarkan model terbaru Huawei MediaPad M3 dengan teknologi audio daripada Harmon Kardon dan AKG bersama Internet Webe.

Anda hanya perlu membuat pembayaran sebanyak RM1,999 untuk mendapatkan 12 bulan langganan webebroadband© dan 30 hari dengan akses percuma kepada lebih 60 saluran dalam aplikasi HyppTV. Tambahan pula, anda juga akan membawa pulang satu sarung peranti kulit Huawei, satu set telinga Bluetooth (200 pelanggan pertama melalui stor atas talian Webe), satu pelindung skrin dan satu kain pembersih. Langganan percuma serta hadiah yang ditawarkan kesemuanya bernilai RM1,665.

Promosi ini boleh dibuat melalui stor atas talian Webe termasuk tiga ruang Webe dan 104 stor TM seluruh negara.

You might also like