Roadshow Nova Superstar – Huawei nova 3i Bersama Selebriti di IOI City Mall, Putrajaya

3330
- Iklan -

Berikutan pelancaran rasmi Huawei nova 3i dan nova 3 pada minggu lepas, seperti yang dijanjikan roadshow pertama yang akan berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya pada 28-29 Julai 2018 ini bermula 10 pagi.

Peminat nova boleh mengunjung ke sana untuk merasai sendiri peranti terbaru dari Huawei, duta nova Hannah Delisha dan selebriti terkenal seperti Hafidz Roshdi, Hafeez Mikail dan Ameera Khan juga akan berjumpa dengan anda.

Siri nova sentiasa pentingkan pengalaman pengguna generasi milenium yang bergaya, energik dan berkeyakinan diri. Untuk meraikan ketersediaan nova 3i di pasaran, 1,000 pelanggan pertama yang membeli nova 3i pada 28 Julai di roadshow ini akan menerima hadiah premium bernilai sehingga RM1,000 yang termasuk Bluetooth Earphone Huawei, Huawei A2 Band dan T-Shirt Unit Nerd. Dalam roadshow ini juga, empat pelanggan bertuah juga akan membawa balik seunit Skala Lemak Badan Huawei bernilai RM187 melalui cabutan bertuah.

Selain itu, setiap pelanggan baru nova 3i juga boleh menikmati pembayaran mudah 0% selama 12 bulan dengan harga RM104 sebulan. Ansuran juga boleh dilakukan dalam tempoh enam bulan pada harga yang kompetitif. Pelan ansuran boleh digunakan bagi kad kredit Citibank, HSBC Bank, Public Bank, Maybank, CIMB Bank, Am Bank dan Hong Leong Bank.

Baca Juga:

Huawei nova 3i boleh dibeli dengan harga RM1,249 mulai 28 Julai 2018, di semua Huawei Experience Store, pengedar sah, telco tempatan dan rakan e-dagang.

Hafidz Roshdi, Hafeez Mikail and Ameera Khan ada mesej istimewa untuk ada semua!

 

Unboxing Huawei nova 3i ↓↓↓