Facebook Melancarkan Messenger Dengan Lapisan Sekuriti Tambahan

secretconv-nwsrm-finalFacebook telah mula melancarkan Messenger versi eksperimen bagi mereka yang mahu perbualan teks yang dilindungi daripada pihak lain. Namun aplikasi Messenger versi ini tidak diberikan kepada semua orang, hanya yang bertuah sahaja dapat mencubanya. Jika anda terpilih sebagai salah satu penguji, anda akan dapat untuk mula hantar mesej end-to-end yang disulitkan di dalam peranti.

Secret ConversationsSebarang teks yang dilindungi sekuriti ini hanya boleh dibaca penghantar dan penerima pada satu-satu peranti sahaja. Contohnya, jika si penerima log masuk Messenger pada dua peranti berbeza, hanya satu peranti sahaja yang dapat memaparkan mesej yang telah dilindung. Ini sekali gus memberikan privasi kepada perhubungan anda sekiranya butiran akaun anda jatuh ke tangan orang lain kerana mereka tidak dapat mengakses kandungan perbualan di dalam Messenger.

Facebook masih belum mengumumkan sama ada versi ini akan dilancarkan kepada umum, namun pasti ramai pengguna yang berharap agar fungsi ini diperkenalkan secepat mungkin.

 

You might also like