Xiaomi Redmi Note 4 Kini Sudah Menerima Android Nougat

Pengguna Xiaomi Redmi Note 4 di Greece kini sudah boleh memuat turun kemas kini terbaru Android Nougat di peranti masing-masing. Saiz untuk memuat turun pula mengambil ruang sebanyak 1.3GB, saiz yang besar ini juga akan mengubah keseluruhan perisian peranti.

Sementara sistem antaramuka menerima versi MIUI 8.5 (global) dan bukannya MIUI 9 seperti yang dikhabarkan sebelum ini. Selain itu, patch keselamatan bulan Julai juga dimasukkan bersama.

Walaubagaimanapun, kemas kini untuk MIUI 9 akan dikeluarkan dalam masa terdekat dan dijangka pada hari esok atau lusa. Bagi pengguna Xiaomi Redmi Note 4 di Malaysia yang menggunakan set global, anda mungkin sudah boleh menyemak di halaman Settings, manakala versi lain akan menerimanya dalam masa terdekat ini.

You might also like