Ada Emas Tulen Pada OPPO R11 Barcelona Edition Ini

Ternyata pengaruh kelab bola sepak terkenal ini amat kuat sekali sehingga OPPO mengambil keputusan untuk mengeluarkan OPPO R11 Barcelona Edition kepada peminat fanatik bola sepak seluruh dunia. Menggunakan warna rasmi bendera kelab Barcelona ungu dan merah, logo yang terpapar di bahagian belakang juga diperbuat daripada emas tulen 18 karat.

OPPO R11 Barcelona Edition ini masih lagi mengekalkan spesifikasi seperti model asas yang hadir dengan paparan bersaiz 5.5 inci HD penuh, set cip Qualcomm Snapdragon 660, memori RAM sebanyak 4GB dan storan seluas 64GB. Slot kad microSD yang disediakan juga menyokong sehingga 256GB.

Kamera belakang mempunyai fungsi dwi kamera yang menggunakan sensor 20 Megapiksel f/2.6 dan 16 Megapiksel f/1.7. Disebaliknya, terdapat sensor 20 Megapiksel f/2.0 di bahagian kamera depan. Bateri sebesar 3,000mAh juga menjadi nadi utama kepada peranti ini selain menyokong pengecasan pantas VOOC.

Telefon pintar eksklusif ini mula dijual di China dengan tanda harga CNY3,499 (hampir RM2,254) seunit.

You might also like