Panggilan Dan Liputan Pada Honor 8 Pro Kini Lebih Baik Dengan VoLTE

Masalah panggilan tidak jelas dan tersekat-sekat oleh kerana liputan yang tidak stabil menyebabkan perbualan anda terganggu. Hari ini, honor mengumumkan peranti tercanggih mereka, honor 8 Pro sudah mendapat sokongan panggilan suara LTE (VoLTE) melalui rangkaian Digi, YES 4G, dan Webe.

VoLTE merupakan sebuah teknologi yang meningkatkan kualiti suara semasa anda membuat panggilan. Beza seperti sebelum ini walaupun liputan anda 4G, sebaik anda membuat panggilan, liputan akan bertukar kepada 3G. Kini, melalui VoLTE anda boleh melayari internet sambil bercakap telefon dengan seseorang.

Ciri sebegini juga menjadikan honor 8 Pro peranti honor yang pertama menyokong sokongan VoLTE. Malahan, honor akan memperluaskan ciri ini ke peranti-peranti pintar yang lain di masa depan.

Honor 8 Pro dilengkapi paparan 2K QHD 5.7 inci (~515ppi) dengan kuasa cip pemproses HiSilicon terkini, Kirin 960. Memori RAM 6GB yang besar mampu melalukan tugasan multi-tasking tanpa sebarang masalah. Menggunakan bateri berkapasiti 4,000mAh, anda akan kekal terhibur sepanjang hari.

Honor 8 Pro didatangkan dengan warna Midnight Black dan Navy Blue yang boleh dibeli melalui laman e-dagang Vmall Malaysia.

You might also like