Sah! Tarikh Perasmian Siri Realme Jatuh Pada 7 November

943
- Iklan -

Minggu depan kita baru sahaja diberitahu bahawa jenama di bawah OPPO iaitu Realme bakal menjelang di pasaran tempatan, kini tarikh rasminya telah diumumkan sah oleh pihak Realme.

Menurut kad jemputan yang diterima, majlis perasmian akan diadakan pada 7 November nanti, dan peranti yang akan diperkenalkan adalah Realme 2 dan Realme 2 Pro.

Realme 2 adalah peranti yang hadir bersama paparan skrin 6.2 inci HD+, 4GB RAM dan 64GB ROM, manakala Realme 2 Pro pula mempunyai paparan skrin 6.3 inci FHD+, 8GB RAM dan 128GB ROM. Cip pemproses adalah Snapdragon 450 pada Realme 2 yang berkapasiti 4,230mAh bateri, sementara Pro menggunakan Snapdragon 660 dengan kapasiti bateri yang lebih kecil iaitu 3,500mAh.

Kedua-dua model ini turut dibekalkan dengan sokongan dwi kamera, harga yang mesra pengguna adalah kunci utama rakyat Malaysia memberi tumpuan. Adakah tawaran harga pada akhirnya memuaskan dompet anda?! Kita sama-sama nantikan acara perasmiannya.

 

Baca Juga: