
Satu lagi pengeluar peranti pintar yang juga merupakan sub jenama OPPO iaitu Realme mengumumkan bahawa mereka kini sedia memperluaskan penawaran di rantau asia tenggara dan bakal melancarkan telefon pintar mereka di Malaysia.
Peranti baharu ini ini dikatakan menyasarkan golongan belia sebagai sasaran utama dan bakal hadir dengan pelbagai fungsi terbaharu yang selari dengan perkembangan teknologi terkini. Peranti ini juga turut akan hadir dengan harga yang mampu milik.
Difahamkan, Realme telah beroperasi sejak beberapa bulan yang lalu. Jenama peranti pintar ini telah muncul dengan dua model yang bergaya iaitu Realme 1 dan juga Realme 2 dan hanya ditawarkan di India sahaja – ia menerima permintaan yang tinggi dan positif disana.
Di samping itu, kami juga difahamkan Realme2 yang dilengkapi dengan rekaan takut selain sokongan dwi kamera pada bahagian belakang akan menembusi pasaran Malaysia dengan harga yang cukup ‘wow’ kelak.