Apple iPhone X Milik Pengguna Facebook Ini Pecah? Mungkin Kes Pertama Di Malaysia

Pada 24 November 2017, iPhone X dengan rasminya menemui pengguna di Malaysia dan ia adalah model telefon pintar termahal diperkenalkan setakat ini. Walaupun harganya yang agak mahal, sambutannya agak sangat luar biasa berbanding iPhone 8 dan 8 Plus yang dilancarkan sebelum ini.

Menerusi Facebook seorang pengguna iPhone X, Muhammad Farhan, iPhone X miliknya telah pecah kurang dari 24 jam dan ini mungkin peranti pertama yang pecah skrin di Malaysia.

Menceritakan masalah skrin pecah di Facebook, Muhammad Farhan memuat naik status “ipX pertama pecah di malaysia… baru beli di machines.. boleh claim warranty x? receipt semua ada” di sebuah group pengguna Apple di Facebook.

Walaupun sudah dipasang dengan ‘tempered glass’, ia masih tidak mencukupi. Muhammad Farhan juga mengakui tidak membeli insuran tambahan untuk iPhone X kerana kosnya yang agak mahal (sehingga RM899).

Nasihat eRing, anda yang sudah melaburkan banyak duit untuk memiliki iPhone X, jadi jangan lupa untuk membeli sarung pelindung tahan lasak terutamanya dari OtterBox mahupun LifeProof serta membeli pelan perlindungan peranti.

You might also like