Reviu Eksklusif: Xiaomi Mi MIX 2, Rekaan Premium Dengan Paparan Penuh 18:9

BAHAGIAN 1: fizikal

Harga Rasmi : RM2,199

Berbanding kesemua siri telefon pintar yang pernah diperkenalkan oleh Xiaomi, Mi Mix boleh dikategorikan sebagai siri paling eksklusif pernah dihasilkan. Ini jelas dapat dilihat melalui keberanian Xiaomi untuk bereksperimentasi dengan rekaan fizikal pada siri ini seperti sokongan paparan skrin tanpa bingkai dan juga penggunaan kerangka seramik yang menjanjikan ciri yang lebih premium.

Baca Juga: 6 Ciri-Ciri Menarik Pada Xiaomi Mi MIX 2

Jika tahun lepas Xiaomi telah tampil dengan Mi Mix generasi pertama, tahun 2017 ini pula telah memperlihatkan kemunculan generasi kedua siri tersebut yang menjanjikan penambahbaikan pada rekaan premium melalui model terbarunya iaitu Mi Mix 2.

 

 

:: PAKEJ PEMBELIAN ::

Kotak Pembungkusan

Kotak pembungkusan Xiaomi Mi MIX 2 tampil dengan rekaan yang agak ringkas dalam warna hitam dengan cetakan logo dalam warna emas.

 

Aksesori

  1. Xiaomi Mi MIX 2
  2. Adapter pengecas pantas
  3. Kabel USB Type-C
  4. Adapter USB Type-C ke 3.5mm audio jack
  5. Pin slot kad
  6. Sarung pelindung

 

:: FIZIKAL ::

Paparan Skrin Penuh

Tidak dinafikan lagi penggunaan paparan skrin penuh dengan saiz bezel yang nipis bukanlah sesuatu yang baru kerana kini ia telah menjadi sesuatu yang biasa dilihat pada peranti tidak kira mahal ataupun murah.

Mi MIX 2 menyokong skrin 5.99 inci dengan nisbah paparan 18:9

Sungguhpun begitu, filosofi rekaan skrin penuh yang dipraktikkan oleh Xiaomi pada Mi MIX 2 adalah jauh lebih baik kerana ia kelihatan jauh lebih moden dan segar berbanding peranti lain di pasaran.

 

Lubang Earpiece

Bagi menjaga privasi ketika menjawab panggilan, Xiaomi telah menggantikan penggunaan teknologi yang agak kompleks pada generasi pertama dengan lubang earpiece konvensional pada Mi MIX 2.

Tidak seperti generasi pertama, bahagian atas bezel Mi MIX 2 kelihatan sedikit tebal bagi menempatkan lubang earpiece.

Anda mungkin tidak akan menyedari kewujudan lubang earpiece ini kerana ia kelihatan agak tersembunyi di sebalik rekaan bezelnya yang jauh lebih nipis berbanding peranti dengan paparan skrin penuh yang lain.

 

Lensa Swafoto

Sebagaimana generasi pertamanya, bezel pada bahagian bawah skrin Mi MIX 2 tampil sedikit tebal jika dibandingkan dengan bezel pada bahagian atas.

Anda perlu memegang peranti secara terbalik untuk mengambil gambar swafoto.

Kehadiran bezel ini bertujuan untuk menempatkan lensa swafoto beresolusi 5 Megapiksel dengan sokongan Aperture f/2.0 yang menjanjikan tahap keterangan gambar yang lebih baik berbanding generasi asalnya.

 

Kamera Utama

Xiaomi Mi MIX 2 hanya menyokong satu lensa utama beresolusi 12 Megapiksel dari Sony Exmor RS IMX386 dengan piksel bersaiz 1.25 μm, sama seperti yang digunakan pada Huawei Mate 10 Pro, Moto Z2 Force dan juga Mi Note 3.

Lensa belakang lebih menyerlah dengan kehadiran rim kamera yang diperbuat daripada emas 18K.

Malah ia juga kini menjanjikan penstabilan lebih baik dengan teknologi OIS menggantikan EIS yang digunakan sebelum ini. Selain itu, anda juga boleh menemui Dual Tone LED Flash dan juga sensor pengimbas cap jari.

 

Speaker Stereo

Bahagian bawah kerangka Mi MIX 2 dilengkapi dengan dua buah lubang gril di tengah-tengah port USB Type-C, bagi menghasilkan rekaan yang lebih simetri. Namun begitu hanya lubang gril sebelah kanan sahaja yang dilengkapi dengan speaker, manakala lubang gril sebelah kiri sebenarnya telah menempatkan mikrofon.

Kerangka Mi MIX 2 tidak lagi diperbuat daripada seramik, tetapi kini hadir dengan aluminium siri 7000.

Untuk pengetahuan anda, Mi MIX 2 menyokong speaker berkualiti stereo dengan konfigurasi speaker sama seperti yang digunakan pada iPhone 8 Plus dan juga Huawei P10 Plus.

 

Slot Kad SIM

Sama seperti Mi MIX, Mi MIX 2 juga menampilkan sokongan dua slot kad nanoSIM pada sebelah sisi kiri kerangka.

Slot kad SIM ini boleh diakses menggunakan pin slot yang ada disediakan dalam pakej pembelian.

Sungguhpun begitu, pengguna akan memiliki ruang storan yang agak terhad kerana tiada slot untuk kad microSD disediakan pada peranti ini.

 

Panel Seramik

Jika panel depan Mi MIX 2 mampu menarik perhatian dengan paparan skrin penuh dengan bingkai yang sangat nipis, bahagian belakang peranti ini juga tidak kurang hebatnya dengan sokongan panel yang diperbuat daripada seramik.

Cetakan perkataan ‘MI MIX DESIGNED BY XIAOMI’ berwarna emas menyerlahkan lagi ciri premium Mi MIX 2.

Berbeza dengan panel kaca biasa, seramik adalah jauh lebih baik kerana ia tidak begitu mudah tercalar dan tidak begitu mudah meninggalkan kesan cap jari.

 

Menarik bukan?! Ujian BENCHMARK memuaskan?! Baca BAHAGIAN 2 di sini.

Ingin tahu kebolehan penggambaran Xiaomi Mi Mix 2? Baca BAHAGIAN 3 di sini.

 

 

Baca Juga:

 

You might also like