The Great LEGO Race VR Coaster Kini Ditawarkan Di LEGOLAND Malaysia

1246

LEGOLAND Malaysia kini secara rasminya telah melancarkan permainan terbaru yang diberi nama The Great LEGO Race VR Coaster. Menariknya, permainan baru ini adalah yang pertama di dunia yang menggunakan teknologi VR pada roller coaster.

Tarikan terbaru ini dibina di atas landasan yang sedia ada sekaligus menggantikan permainan “Project X” yang sebelumnya. Dengan menaiki gerabak coaster empat tempat duduk, setiap penunggang akan disediakan sebuah alat VR untuk digunakan. Penunggang akan disajikan dengan empat jenis tema perlumbaan antaranya Trendsetter, Pharaoh, Surfer Girl, Wizard, dan Pirate Captain.

Susah untuk kami gambarkan pengalaman yang teruja ini, kami selitkan imej VR dengan tema Pirate Captain
Antara litar perlumbaan yang anda akan lalui dalam masa sama boleh merasai kelajuan roller coaster sebenar
Litar yang tidak dijangka juga boleh memberikan kejutan kepada penunggang

Apa yang akan anda alami semasa tunggangan ini ialah, anda akan dibawa ke dunia LEGO bersama watak-watak yang menarik malahan speaker yang terletak di telinga pula secara tidak langsung akan memberikan perasaan yang lebih mengasyikkan. Untuk makluman, set kepala VR dan peranti istimewa yang digunakan pada The Great LEGO Race VR Coaster ini adalah hasil kerjasama dari pihak Samsung Malaysia.

Alat VR dan gerabak coaster untuk empat penunggang

The Great LEGO Race VR Coaster kini dibuka kepada khayalak ramai bermula hari ini tetapi perlu diingatkan ianya hanya dibenarkan kepada kanak-kanak berumur 6 tahun dan keatas dengan ketinggian melebihi 120cm.

Bagi ibu bapa yang berhasrat untuk membawa anak-anak mereka, musim cuti sekolah ini LEGOLAND ada menawarkan pas masuk untuk kanak-kanak secara percuma. Pakej keluarga ini boleh ditempah bermula hari ini sehingga 5 Disember depan.

Jadi apa tunggu lagi, bawa anak-anak anda berhibur bersama di LEGOLAND!