Acer Predator Galea 500 & Predator Cestus 500 – Pengalaman Bermain Lebih Menyeronokkan

1003

Para gamer mengganggap fon kepala adalah penyelamat kepada mereka kerana fon kepala adalah alat yang membantu bagi melancarkan permainan mereka. Sebagai penutup bagi pelancaran Acer Predator ini, ia diserikan dengan dua aksesori baru iaitu Predator Galea 500 dan Predator Cestus 500.

Acer Predator Galea 500

Fon telinga Predator Galea 500 menyokong teknologi Acer TrueHarmony 3D Soundcape yang menyalurkan bunyi berkualiti tinggi yang jernih dan jelas serta memberikan pengalaman yang unik dan pertama seumpamanya. Ia juga ditambah dengan ciri Premium Virtual 7.1 Surround untuk memberi bunyi sekeliling yang mengasyikan.

Dengan mod persekitaran yang boleh diubah suai, fon kepala ini membolehkan pengguna memilih tiga mod tersedia iaitu EQ, Music, Movie dan Sport bersama kawalan suara. Kepada yang berminat, ia dijual pada harga RM1,399.

Acer Predator Cestus 500

Sebuah lagi aksesori yang dilancarkan adalah Predator Cestus 500 yang berharga RM299. Ia menampilkan rekaan dua suis Omron yang membolehkan pemain menukar tahap halangan klik berdasarkan kepada permainan yang dimainkan. Selain boleh mengubah suai tetikus ini dengan 16.8 juta warna RGB, terdapat juga 8 jenis corak lampu yang boleh dipadankan dengan gaya dan mood pemain.

Sesuai digunakan untuk tangan kiri dan kanan

Sesuai digunakan untuk kedua-dua belah tangan, bahagian sisi pula menyokong sehingga empat mod berbeza untuk memberi keselesaan terbaik buat pemain.