6 Ciri-Ciri Menarik Pada Xiaomi Mi MIX 2!

Dengan harga jualan hanya RM2199, Xiaomi Mi MIX 2 sebenarnya boleh dianggap antara peranti yang paling berbaloi untuk anda miliki buat masa ini. Jadi bagi membantu anda melihat sendiri apakah keistimewaan dan juga keunikannya, eRing akan berkongsi dengan pembaca di luar sana tentang 5 ciri-ciri menarik Xiaomi Mi MIX 2:

 

1) Harga Mampu Milik

Walaupun Xiaomi Mi MIX 2 dijual pada harga mampu milik yang setanding dengan harga jualan peranti kelas pertengahan, ia telah dilengkapi dengan sokongan spesifikasi terbaik setanding peranti flagship yang dijual pada harga yang jauh lebih mahal.

2) Spesifikasi Terbaik

Xiaomi Mi MIX 2 tampil dengan sokongan spesifikasi yang terbaik kerana ia menyokong pemproses berprestasi tinggi dari Qualcomm Snapdragon 835 dan juga memori dalaman sebesar 64GB serta RAM 6GB.

 

3) Rekaan Premium

Aspek rekaan yang premium pada Mi MIX 2 sememangnya sukar ditandingi kerana ia menampilkan penggunaan bahan yang terbaik seperti panel belakang diperbuat daripada seramik, kerangka lebih kukuh dengan aluminium siri 7000, dan juga rim lensa diperbuat daripada emas 18K.

4) Speaker Stereo

Sehebat manapun sesebuah telefon pintar itu, ia masih boleh dianggap tidak lengkap sekiranya tidak dilengkapi dengan sokongan speaker berkualiti stereo. Jadi ini tidak menjadi kekurangan untuk Mi MIX 2 kerana ia hadir dengan dua buah speaker.

 

5) Paparan Moden

Sokongan skrin besar berukuran 5.99 inci dalam saiz kerangka yang kompak ini sememangnya kelihatan sangat menarik kerana ia memiliki bingkai yang sangat nipis. Malah ia juga menyokong nisbah paparan moden 18:9.

6) Sokongan Jalur LTE Global

Dengan Mi MIX 2, anda mampu menggunakannya tidak kira di mana jua anda berada kerana penambahan jalur LTE global membolehkannya untuk disambungkan dengan apa jua rangkaian di seluruh dunia.

 

“Nantikan reviu eksklusif dari eRing!”

You might also like