
Siri OnePlus 8 Bakal Menjelang Di CES 2020?!
OnePlus mempunyai sejumlah peranti yang sangat menarik dan digemari ramai, dan mereka baru sahaja melancarkan OnePlus 7T Pro. Menurut sumber, OnePlus telah menghantar jemputan kepada media luar negara yang mana satu acara khas akan diadakan di Las Vegas pada CES 2020 bermula 7 ~ 10 Januari.
Apakah kandungan istimewa yang bakal diumumkan oleh OnePlus, masih tidak diketahui lagi. Namun besar kemungkinan adalah pengenalan awal siri OnePlus 8 dan TV pertama dari OnePlus yang akan dipasarkan ke pasaran US.

Menerusi sumber berita sebelum ini, dikhabarkan siri OnePlus 8 mempunyai 3 varian iaitu OnePlus 8, OnePlus 8 Pro dan OnePlus 8 Lite. Paparan skrin dilihat menggunakan takuk kecik dengan nisbah skrin yang lebih baik, OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro dikuasai oleh Snapdragon 865 yang hadir dalam versi 4G/5G, sementara OnePlus 8 Lite dilengkapi Snapdragon 765G.

