
Kolaborasi HONOR Malaysia dengan label pakaian popular Stoned & Co. pada HONOR 9X akan membuka jualan pada 20 Disember 2019, dengan kuantiti yang terhad.
https://youtu.be/X4_d8fDdHgs
Selain kotak pembungkusan yang melambangkan ikonik Stoned & Co., panel belakang HONOR 9X turut memperlihatkan rekaan khas tersebut. Apa yang menarik, peranti edisi khas ini tiada peningkatan harga bermakna ia masih dijual pada harga RM999 sahaja.
Seperti yang diberitahu awal, HONOR 9X Stoned & Co. hanya tersedia dalam 200 unit sahaja dan akan dijual bermula 20 Disember, 12am. 100 unit boleh didapati melalui laman rasmi HONOR, sementara 100 unit lagi tersedia melalui kedai fizikal HONOR Experiences Store (HES), Sunway Pyramid.
BACA JUGA:
Reviu Eksklusif : Hmmm..Smartphone Paling ‘Onz’? Mampukah HONOR 9X Menambat Hati Pembeli?

