PUBG Mobile World League Season Zero Bermula Esok!!!

263

PUBG MOBILE World League (PMWL) Season Zero, sebuah program e-sukan global PUBG MOBILE yang baru diperkenalkan bakal bermula pada 10 Julai ini. Akibat daripada penularan pandemik di seluruh dunia, PMWL telah diubah kepada format dalam talian dengan 20 pasukan menyertai Liga Timur Dunia dan 20 pasukan lagi menyertai Liga Barat Dunia.

Disokong oleh Mountain Dew sebagai minuman rasmi kejohanan, PMWL Season Zero bakal menyaksikan semua pasukan bertanding bagi merebut hadiah keseluruhan yang berjumlah AS$850,000. 

Selepas Minggu Pembukaan PMWL Season Zero pada 10 hingga 12 Julai, pasukan-pasukan berkenaan akan dibahagikan kepada lima kumpulan yang terdiri daripada empat pasukan bagi setiap kumpulan. Kumpul berkenaan akan bertanding sesama sendiri pada setiap Selasa dan Rabu, selama tiga minggu. 

16 kumpulan terbaik yang muncul dalam tempoh tiga minggu tersebut akan mara ke perlawanan Super Weekend yang akan berlangsung pada 17 hingga 19 Julai, di mana pasukan-pasukan akan bertanding bagi mendapatkan World League Points dan merebut hadiah wang tunai. Format ini akan berterusan selama tiga minggu lagi bagi Perlawanan Liga Timur dan Barat.

16 pasukan terbaik daripada setiap Liga, yang akan ditentukan berdasarkan World League Points yang berjaya diperoleh semasa Super Weekend, akan mara ke peringkat Akhir PUBG MOBILE World League pada 7 hingga 9 Ogos, yang masing-masing akan diadakan untuk Timur dan Barat bagi menentukan siapakah yang layak untuk dinobatkan sebagai pasukan terbaik daripada setiap liga.