Reviu Eksklusif realme 5s : 7 Sebab Utama, Korang Perlu Beli Smartphone Ini

Sebelum ini, realme 5 dan realme 5 pro berjaya mendapat sambutan yang baik. Aha! Menambah keriangan ramai, realme kini memperkenalkan satu lagi model di bawah siri ini iaitu realme 5S.

Jika diteliti, sebahagian besar konfigurasi pada realme 5s kelihatan sama dengan realme5, tetapi perbezaan paling ketara terletak pada kamera. realme 5s dilengkapi dengan lensa utama 48MP! Tapi, apa lagi yang menarik? Jom kita tengok 7 titik utama dan sebab korang perlu ada realme 5s!

 

PERTAMA : PAPARAN SKRIN PENUH

realme 5s dilengkapi paparan skrin hampir penuh dengan saiz 6.5″ bersama rekaan takuk kecil menempatkan kamera hadapan – sekaligus memberikan ruangan pandangan lebih besar. Takuk ini kelihatan lebih kecil jika dibandingkan dengan model sebelumnya dan lebih menarik, ia menawarkan nisbah skrin – ke – badan sebanyak 89%.

Selain itu, penggunaan paparan dengan resolusi HD+ (720 × 1600) – berupaya memberikan pengguna menikmati pengalaman permainan, audio dan video yang lebih baik tanpa gangguan.

 

KEDUA : 48MP KAMERA SUPER HEBAT

Kamera merupakan salah satu titik utama pada realme 6s – ia dilengkapi Kuad Kamera dengan teknologi Ai – gabungan lensa 48MP (main) + 8MP (Ultra Lebar) + 2MP (Depth) + 2MP (Micro). Kamera utama 48MP menggunakan sensor ISOCELL GM1, yang boleh mengambil foto resolusi tinggi 8000 × 6000 – iaitu 4 kali lebih tinggi berbanding imej yang dihasilkan oleh realme 5!

Selain itu, realme 5 menggunakan teknologi 4 dalam 1 piksel yang menggabungkan teknologi Tetra Cell dan mempunyai aperture f/1.8 yang besar – sekaligus membolehkan pengguna mengambil imej yang jelas dan terang walaupun dalam persekitaran pencahayaan rendah dan meningkatkan kualiti imej penggambaran malam.

 

KETIGA : LENSA DEPAN 13MP DENGAN TEKNOLOGI AI

Kamera hadapan realme 5s adalah sebesar 13MP (f/2.0). Menariknya, ia turut disuntik dengan sokongan teknologi AI dengan jumlah pengiktirafan sehingga 296 titik penggambaran.

Ia juga berupaya mengenal pasti subjek dengan tepat dan menyediakan kesan kecantikan yang menarik. Jadi, pengguna boleh mengoptimumkan kecantikan secara manual – termasuk kulit yang halus, dagu lebih runcing, mata yang besar dan banyak lagi.

 

KEEMPAT : BATERI BESAR 5,000mAh

Untuk pengalaman pengguna dengan jangka hayat bateri lebih lama, realme 5s dibekalkan dengan bateri sebesar 5,000mAh dengan fungsi penjimatan kuasa yang tersedia pada tetapan smartphone – termasuk mon penjimatan pintar, mod penjimatan skrin dan banyak lagi.

Pengguna boleh menetapkannya mengikut keselasaan dan keperluan sendiri. Pun begitu, sedikit mengecewakan apabila realme 5s tidak didatangkan dengan sokongan pengecasan pantas. Tapi jangan khuatir kerana prestasi bateri harus dipuji kerana ia boleh digunakan pada masa yang sangat lama.

 

KELIMA : CIP PEMPROSES SNAPDRAGON 665

realme 5s menggunakan cip pemproses Snapdragon 665 AIE (11nm) – diselitkan dengan prestasi AI yang lebih berkuasa dengan penggunaan kuasa lebih rendah. Selain itu, kelajuan RAM juga lebih cepat kerana didatang dengan teknologi Qualcomm ISP dan DSP yang eksklusif – sekaligus amat membantu dalam fotografi.

realme 5s dipadukan dengan sokongan memori yang baik iaitu 4GB RAM + 128GB ROM dan lebih menarik, ia juga menyokong slot microSD sehingga 256GB. Jadi, masalah kapasiti storan tidak mencukupi kini boleh diatasi dan lebih banyak foto serta video boleh disimpan. Untuk ujian penanda aras Antutu, realme 5s berjaya mencatatkan skor sebanyak 173,944 mata.

 

 

KEENAM : MOD GELAP YANG MENARIK

Aha! Ini juga merupakan salah satu titik menarik pada realme 5s di mana ia menyertakan sokongan mod tema gelap secara terbina – menampilkan antaramuka lebih menarik. Mod gelap sememangnya melindungi mata – di mana ia melegakan tekanan pada waktu malam dan menggantikan skrin putih dengan tema gelap klasik.

Selain itu, mod gelap yang ditawarkan juga memperlihatkan kemasan tema hitam yang sangat seimbang. Untuk mengaktifkan / menyahaktifkan mod gelap ini, pengguna hanya perlu pergi ke “setting -> realme Lab -> Dark Mode -> Enable Now”

 

KETUJUH : PENGIMBAS CAP JARI &  WAJAH

Untuk tetapan keselamatan, realme 5s menyokong tetapan pengimbas cap jari dan pengimbas wajah. Dengan teknologi yang dipertingkatkan, prestasi kedua-duanya boleh dikatakan memuaskan dan berupaya menyahkunci peranti dengan responsif. Tidak ketinggalan, ia juga menyertakan sejumlah sistem keselamatan lain seperti Lockscreen dan Privacy Passcode sebagai alternatif.

 

You might also like