
https://youtu.be/X4_d8fDdHgs
HONOR 9X baru saja dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan. Ia merupakan penerus legasi kepada kegemilangan siri X. HONOR turut membentangkan pelbagai penambahbaikan untuk model kali ini – termasuk skrin besar, tetapan kamera dipertingkatkan dan bateri lebih baik.

Apa yang penting adalah ia masih menggunakan perkhidmatan Google di dalamnya. Akan tetapi persoalannya, mampukah pewaris baru HONOR ini menambat hati pembeli di Malaysia?
RUPA PARAS MENARIK :

Pada realitinya, memang tak dapat dinafikan bahawa sudah menjadi adat untuk siri X – keunikan seni bina pada peranti dilihat sebagai wahana utama bagi daya tarikan para pengguna.
Rekaan baharu ini tampak berciri lebih menarik dan mewah – sekaligus menyerlahkan binaan badan peranti terutama pada bahagian belakang. Turut diselitkan adalah sokongan pengimbas cap jari fizikal yang berfungsi dengan baik. HONOR 9X tersedia dalam dua pilihan warna menarik iaitu Sapphire Blue & Midnight Black.
PAPARAN LEBIH PUAS :
Bahagian hadapan peranti terdapat skrin dengan paparan bersaiz 6.59″ IPS LCD yang menawarkan resolusi FHD+ (2340 x 1080) – ini merupakan antara ciri terbaik yang ditawarkan pada peranti ini. Kualiti paparan mencapai tahap yang baik untuk penggunaan harian selain cukup besar untuk bermain game dan menonton video.

Penghasilan imej juga terlihat tajam, di samping kualiti warna pada tahap baik. Tiada sebarang takuk disertakan, sebaliknya ia hadir dengan rekaan kamera swafoto ‘pop-up’ dan nisbah skrin ke badan mencapai 91%.
PRESTASI TAK BOLEH DIPANDANG ENTENG :
Persembahan perkakasan dalaman HONOR 9X dikemaskan dengan cip pemproses Kirin 710F (12nm) dengan padanan memori 6GB RAM dan kapasiti storan penyimpanan 128GB . Masih tidak cukup? Storan ini boleh dikembangkan menerusi microSD sehingga 512GB.
Untuk ujian penanda aras, HONOR 9X mencatatkan 319 markah dalam ujian satu teras Geekbench 5 dan sebanyak 1,316 markah untuk ujian pelbagai teras. Dalam ujian penanda aras Antutu pula, HONOR 9X mencatatkan 178,759 markah.
Peranti ini berupaya menjalankan tugasan harian dengan baik dan tidak mempunyai sebarang masalah multi-tasking. Dengan 6GB RAM, Honor 9X menyajikan proses membuka aplikasi dan sistem navigasi dengan kepantasan yang konsisten.
Terdapat juga sokongan GPU Turbo 3.0 – pengalaman bermain ‘game’ terasa puas dengan frame rate tinggi dan tanpa masalah lag. Pengeluaran haba daripada peranti juga terasa adalah minima.
BATERI BESAR :

Kapasiti bateri HONOR 9X juga telah dipertingkatkan, malah lebih besar berbanding HONOR 8X. Peranti ini dibekalkan dengan bateri berkapasiti 4,000mAh menerusi port USB-C. Nampaknya HONOR kini bersedia beralih ke penggunaan port USB-C untuk peranti mampu milik keluaran mereka. Dengan penggunaan 12nm pada Kirin 710F, bateri HONOR 9X ternyata tiada masalah untuk bertahan selama sehari suntuk untuk penggunaan aktif.
KAMERA 48MP TARIKAN UTAMA :
HONOR 9X dibekalkan dengan kamera 48MP (f/1.8) yang mampu melakukan tugas dengan baik meskipun pada pencahayaan rendah. Turut mengiringi adalah 2 lagi kamera dengan keupayaan fungsi lensa masing-masing – 8MP (f/2.4) (Super Wide Angle) + 2MP (f/2.4)(Depth). Apa yang lebih menariknya lagi, HONOR 9X turut hadir dengan sokongan AI-enabled Image Stabilization (AIS) Super Night mode – di mana bantu meningkatkan kualiti imej penggambaran malam dengan ketara.

Secara keseluruhannya, prestasi keupayaan kamera adalah baik dengan hingar yang minima. Kemasan warna pada gambar juga terlihat menonjol, di samping keperincian imej lebih tajam — baik siang atau malam. Dalam pada itu, fungsi video pada peranti ini juga menawarkan prestasi rakaman yang baik – turut menawarkan fungsi gerak perlahan sehingga 480fps.
APA KATA EDITOR?
Jika korang mencari sebuah smartphone terbaik pada range harga mampu milik, HONOR 9X adalah antara salah sebuah peranti yang perlu dipertimbangkan. Kualiti peranti berada pada tahap baik – di mana mampu menghasilkan pengalaman penggunaan yang sempurna.
HARGA JUALAN: RM999 l Sapphire Blue / Midnight Black
____________________
BACA JUGA:
- Akhirnya Tiba! HONOR 9X Dengan Kamera Utama 48MP Rasmi – Harga Jualan RM999!
- Rekaan Lebih Dinamik, HONOR Sport Pro Juga Rasmi – Harga Jualan RM299
























